-_-

-_-
smile for you..

cute

Jumaat, 20 Januari 2012

'Couple' Yang Halal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

'Couple' Yang Halal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Cara menenangkan hati


Assalamualaikum ….Hai semuanya….

Mood saya sekarang ne tertekan!...fuh..tension giler ar!...rasa macam mau…errrRRR…geram+Sedih+Marah=TENSION!! ..emm pasal apa??biarlah rasiah..saya ja yang tahu…hehehe…tapi tidak mengapa la…saya sekarang dah ok…pasal?..pasal saya ada cara tersendiri kalau tengah-tengah Tension ..ne, rasanya saya nak kongsi serba sedkit cara hilangkan tension anda yang sedang bertimbun tu tidak kisahlah kerana cinta,kerna kerja,school..terutama assignment2 yang bertimbun tu…haha.

Dann ..korang tau x? setiap hari secara tidak langsung or secara langsung kita akan mengalami saat-saat tertekan, sedih yang teramat..tidak kisah la..sedih pasal cinta or anything ..heheh so kat bawah ne saya listkan cara-cara nak hilangkan tekanan anda! Sekaligus menenangkan hati korang tu…

First….
1.Bernafas dalam-dalam.
Cara ne korang harus buat kerana 70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam! Yeah..Anda juga boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda..

Lepas tu…
(2) Ikrar atau azam
Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah anda!


(3) Regangkan badan- Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.

(4) Senyuman.
Senyumlaa…..heheh kerna hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.

(5) Minum air
korang tau tidak?..Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.. Hehe sesuai untuk orang yang tengah buat assignment ne..heheheh

(6) Pejam mata
Anda juga boleh pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda.tapiii…jangan tertidur pulak..hehehe.. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.

(7) Dengar lagu
Ni memang tidak dapat dinafikan, saya selalu guna cara ne kalau tengan Tension tau..hehe sebab..lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.

(8) Termenung sebentar-
Hahaa…Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan..

Hehe..rasanya itu saja yang saya nak kongsikan hari ne…sebenarnya banyak lagi cara-cara nak tenangkan diri..tapi masa amat mencemburui kita..dan saya pun kena siapkan assignment ne..hehe kita jumpa lagi di entry saya akan datang k..babaiiii…..

Rabu, 18 Januari 2012

TRAUMA!! dari Pengalaman sehari


Helo semuanya..lama tidak menyapa korang kan..

Sejak akhir-akhir ne saya sibuk dengan assignment yang bertimbun-timbun ne. sebab tu tidak ada masa terluang untuk update blog ne..so untuk entry blog saya kali ne saya mahu bercerita mengenai pengalaman sehari yang membuatkan saya trauma hingga hari ini. mesti korang tertanya-tanya apa yang membuatkan saya TRAUMA kan..
Sebelum saya melanjutkan cerita, saya mahu kongsi sedikit maklumat mengenai maksud or definisi TRAUMA dulu..hehe. 
Seperti yang kita tahu..Definisi trauma ini sering digabungkan dengan pengubatan trauma yang dipraktikan dalam keadaan kecemasan yang memberi kesan jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek kepada mangsa. Secara kejiwaan atau emosi, trauma diandaikan sebagai sebuah maksud yang berbeza dan bererti sebuah pengalaman secara emosi yang menyakitkan, distress, dan mengejutkan, di mana biasanya menghasilkan kesan mental dan fizikal yang mendalam. Trauma secara kejiwaan, atau kekerasan emosi, entinya respon normal pada sebuah peristiwa yang ekstrim. di mana ia melibatkan pencitraan memori emosi tentang peristiwa distress yang tersimpan sangat dalam di otak..
naaa...sudah faham? hehe sekarang saya sambung cerita saya k..sebenarnya macam ne..dua tiga hari yang lepas..saya mengikuti lawatan sambil belajar di sebuah Hospital dengan kawan-kawan sekelas saya, lawatan ne adalah assignment kumpulan sebenarnya, so mau tidak mau kena pegi jugak ikut lawatan Hospital ne..
saya pasti semua orang pernah pergi lawatan sambil belajar kan? tidak kira laaa time student2 SK or SMK dulu-dulu..so saya tidak payah la cerita lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti sepanjang perjalanan ok.., saya direct cerita pangalaman TRAUMA saya ne..mula-mula kami dibawa ke bilik mayat....haa...seram ka? 

hehehe...sebenarnya sebelum masuk, kami diberi pilihan samada mahu ikut masuk ataupun tidak masuk.. saya takut juga sebenarnya tapi kerana sikap saya yang ingin tahu saya ikut la masuk dalam bilik tu..
dot...dot...dot...sampai la ke ruangan TUttttttttttttttttt.......hehehe faham-faham la..saya sendiri tidak sangka taw banyaknya bilik-bilik ruangan khas yang disediakan, maklumlah hospital yang kami pergi tu bukan main besar lagi. emm.....selama ne saya tengok keadaan-keadaan macam ne di Film-film saja..sebab tu la sikap ingin tahu saya membuak-buak. 

Saya ingatkan kami hanya diberi peluang untuk tengok-tengok ruangan dan cara penyimpanan Dot..Dot...saja...tidak sangka la pulak sampai bagi tengok Dot...DoT....Dottttt......memang terkejut besar la saya!....hahahaa....kalau korang tengok reaksi muka saya masa tu masti korang gelak...em, banyak juga yang kami kena bagi tengok dottt...macam-macam kes kematian sebenarnya...saya pun tidak mahu cerita yang lebih detail kerana perkongsian adalah terhad..hehe
Tapiii...saya tabik betul la dengan Tukang bedah Dot..Dot di Hospital tu..dia sorang-sorang dalam bilik tu, haHH....kebetulan la pulak masa tu da sedang ada operasi membedah!...da ajak kitaorang masuk tengok kalau nak tengok! tidak tahu la dia ajak main-main or betul-betul tapi...Perrrhhh... cukup-cukup la...tidak sanggup. So kesan yang saya alami sekarang ne..xda selera makan..takut sorang-sorang..dan asyik terbayang-bayang. Maybe sebab First time kot..so takda apa-apa la yang disangsikan...lama-lama okey la ne..

Kesimpulannya,,(ceh.. macam karangan la pulak) saya cerita ne cuma untuk berkongsi pengalaman saya dan tidak berniat untuk kejahatan atau kesangsian dari mana-mana pihak yang terlibat. Cerita ini tidak kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah tiada hanya cerita pengalaman saya semata-mata. ..(Peaceee)...

Moralnya...setiap yang hidup akan mati dan sesungguhnya manfaatlah diri kita ke jalan yang benar selagi hayat dikandung badan..