-_-

-_-
smile for you..

cute

Jumaat, 20 Januari 2012

Cara menenangkan hati


Assalamualaikum ….Hai semuanya….

Mood saya sekarang ne tertekan!...fuh..tension giler ar!...rasa macam mau…errrRRR…geram+Sedih+Marah=TENSION!! ..emm pasal apa??biarlah rasiah..saya ja yang tahu…hehehe…tapi tidak mengapa la…saya sekarang dah ok…pasal?..pasal saya ada cara tersendiri kalau tengah-tengah Tension ..ne, rasanya saya nak kongsi serba sedkit cara hilangkan tension anda yang sedang bertimbun tu tidak kisahlah kerana cinta,kerna kerja,school..terutama assignment2 yang bertimbun tu…haha.

Dann ..korang tau x? setiap hari secara tidak langsung or secara langsung kita akan mengalami saat-saat tertekan, sedih yang teramat..tidak kisah la..sedih pasal cinta or anything ..heheh so kat bawah ne saya listkan cara-cara nak hilangkan tekanan anda! Sekaligus menenangkan hati korang tu…

First….
1.Bernafas dalam-dalam.
Cara ne korang harus buat kerana 70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam! Yeah..Anda juga boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda..

Lepas tu…
(2) Ikrar atau azam
Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah anda!


(3) Regangkan badan- Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.

(4) Senyuman.
Senyumlaa…..heheh kerna hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.

(5) Minum air
korang tau tidak?..Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.. Hehe sesuai untuk orang yang tengah buat assignment ne..heheheh

(6) Pejam mata
Anda juga boleh pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda.tapiii…jangan tertidur pulak..hehehe.. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.

(7) Dengar lagu
Ni memang tidak dapat dinafikan, saya selalu guna cara ne kalau tengan Tension tau..hehe sebab..lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.

(8) Termenung sebentar-
Hahaa…Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan..

Hehe..rasanya itu saja yang saya nak kongsikan hari ne…sebenarnya banyak lagi cara-cara nak tenangkan diri..tapi masa amat mencemburui kita..dan saya pun kena siapkan assignment ne..hehe kita jumpa lagi di entry saya akan datang k..babaiiii…..

1 ulasan:

Nurhan Tahir berkata...

blh than tips.... nanti nk cuba la.... :)