-_-

-_-
smile for you..

cute

Ahad, 5 Ogos 2012

ADD DAN ADHD



Definisi ADD dan ADHD ( Attention Deficit Disorder and  Attention Deficit Hyperactivity Disorder


Hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap yang tidak mahu diam, tidak menaruh perhatian dan impulsif ( bertindak sekehendak hatinya ). Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan permainan atau mainan yang disukai oleh anak-anak lain seusia dengan mereka kerana perhatian mereka suka beralih daripada satu fokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan tanpa henti mencari sesuatu yang menarik dan menyeronokkan pada waktu itu. Hiperaktif juga boleh dikira sebagai ketiadaannya pengendalian diri contonya dalam mengambil keputusan atau kesimpulan tanpa memikirkan akibat-akibat terkena hukuman dan mengalami kecelakaan. Selain itu, perlu diketahui bahawa tingkah laku sekadar suatu pencerminan daripada hal-hal yang disukai sebagai individu tetapi juga merupakan akibat daripada situasi-situasi yang dialami sendiri. Dan anak-anak tersebut umumnya tidak mengeluhkan kondisi hiperaktif  mereka tetapi tindakan mereka sering membuat reaksi daripada orang lain. Ramai ibu bapa yang mendapati sukar untuk mengurus kanak-kanak yang terlalu aktif. Kanak-kanak begini sentiasa bergeak ke sana ke mari menerokai persekitaran mereka dan dalam proses ini menyebabkan huru-hara.
Di samping itu, kita juga boleh tinjau daripada sudut pandang/ perspektif sosiologi iaitu anak merupakan peribadi sosial yang memerlukan hubungan dan komunikasi dengan orang lain. Untuk medispilinkan dirinya, anak-anak ingin juga dicintai, diakui dan dihargai kerana anak yang hiperaktif kurang disukai dalam lingkungan pergaulannya dan tingkah laku kurang dikontrol. Manakala masalah mereka di sekolah, anak juga akan merasa kehilangan sokongan apabila orang tuanya tidak menemani di dalam kelas. Oleh sebab itulah anak hiperaktif ini sangat memerlukan komunikasi dengan orang lain dan baik itu orang tua mereka sendiri. Pakar pediatrik kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.
Kebiasaanya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu, kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oelh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom. Namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor  genetik. Menurut mereka ADHD berlaku disebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga normal yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal 5 hingga 10 persen. Selain daripada itu, definisi bagi ADHD adalah merupakan bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan menggangu. Pemikiran merawang dan mengembara kerana ransangan yang ada. Mereka juga sangat sukar untuk mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala tugasan. Ingatam dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiburkan siapa yang bercakap dengan mereka. (Wintraub S ( 1997 ,m.s 9 ) in “Nature Treatments for ADD and Hyperactivity ). ADD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumumpukan perhatian kerana terhadnya kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka yang menunjukkan tanda-tanda tingkahlaku yang tidak sabar.( Lahey dan rakan-rakannya (1997) ).

Tiada ulasan: